Kecemasan mengancam nyawa? Hubungi perkhidmatan kecemasan rasmi dengan segera.

24 jam · 7 hari seminggu

Ambulans swasta untuk perjalanan yang perlukan lebih perhatian.

Daripada perjalanan ke hospital dan temujanji dialisis hingga pemindahan khas atau standby di majlis dan acara keramaian, SHA akan sedia membantu!

  • Pengangkutan pesakit & temujanji
  • Standby acara & sukan
  • Perjalanan khas
SHAAMBULANS siap sedia
Ambulans kami siap sedia
24/7Beroperasi
setiap hari

Perkhidmatan SHA

Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan ambulans.

Setiap perkhidmatan mempunyai keperluan berbeza. Anda hanya perlu nyatakan kepada kami untuk makluman lanjut.

  1. 02

    Standby ambulans & paramedik untuk acara

    Perkhidmatan standby untuk acara sukan, sekolah, komuniti, pertandingan, festival, majlis berskala besar dan sesi penggambaran.

    Tanya Sekarang
  2. 03

    Pengangkutan dialisis

    Perjalanan berkala atau sekali jalan ke pusat dialisis, mengikut jadual dan kawasan yang dipersetujui.

    Tanya Sekarang
  3. 04

    Pemindahan dengan keperluan ICU

    Keperluan pesakit, petugas dan peralatan harus diteliti untuk memastikan kejayaan misi.

    Tanya Sekarang
  4. 05

    Lapangan terbang & pelabuhan

    Perjalanan yang memerlukan penyelarasan dengan jadual penerbangan, pelabuhan atau pihak berkaitan.

    Tanya Sekarang
  5. 06

    Antara negeri & rentas sempadan

    Perjalanan jarak jauh tertakluk kepada lokasi, keadaan pesakit dan penyelarasan perjalanan.

    Tanya Sekarang
  6. 07

    Sokongan di rumah & oksigen

    Pertanyaan berkaitan penjagaan kejururawatan, rawatan luka dan sewaan tong oksigen.

    Tanya Sekarang
  7. 08

    Perkhidmatan ambulans secara kontrak

    Perkhidmatan ambulans kepada hospital kerajaan dan swasta secara kontrak

    Tanya Sekarang

Peralatan & sokongan

Keperluan & peralatan lengkap Untuk pelbagai situasi.

Kami ada peralatan perubatan lengkap bagi memastikan pesakit menerima rawatan awal terbaik sepanjang perjalanan.

  • Portable ventilator
  • Syringe pump
  • Monitor pesakit
  • Monitor SpO₂ mudah alih
  • Suction pump
  • AED / defibrillator
  • Ambu bag
  • Tangki oksigen perubatan
  • Spinal board & head block
  • Splint & cervical collar
  • Pengusung
  • Kerusi roda
Peralatan perubatan disusun di stesen bantuan acara.
Peralatan di acara sukan
Armada ambulans SHA dilihat dari sudut sisi.
SSM202203034286

Tentang Kami

Meningkatkan Kesihatan, Hidup Cemerlang

SHA Ambulance Service ialah syarikat persendirian yang menyediakan perkhidmatan ambulans swasta untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Kami diiringi pasukan yang sangat profesional dan bertauliah — paramedik, staff nurse, doktor dan medical officer — serta pemandu yang berhemah dalam menjalankan perkhidmatan. Pasukan kami turut memiliki pasport pengenalan antarabangsa untuk menghantar pesakit ke luar negara.

  • 01
    Misi kami

    Menjaga kesihatan orang yang anda sayangi melalui perkhidmatan ambulans yang hebat dan profesional.

  • 02
    Visi kami

    Menjadi perkhidmatan ambulans yang dipercayai di seluruh negara dengan sokongan pasukan profesional dan berkelayakan.

  • 03
    Komitmen kami

    Keselamatan dan kesihatan pesakit sentiasa diutamakan, dengan PPE lengkap dan pemeriksaan kesihatan rutin krew.

Soalan lazim

Soalan yang biasa ditanya.

Maklumat apa yang perlu saya berikan?

Jenis perkhidmatan, lokasi pengambilan, destinasi, tarikh, masa dan bentuk bantuan yang diperlukan.

Bagaimana untuk menyemak harga?

Harga diberikan selepas SHA menyemak jarak perjalanan, masa dan keperluan tugasan. Tiada harga tetap diterbitkan di laman ini.

Boleh sediakan standby untuk acara atau sukan?

Ya, permintaan untuk acara dan sukan boleh dipertimbangkan. Berikan lokasi, tarikh, masa, jenis acara dan anggaran kehadiran.

Adakah SHA beroperasi 24 jam?

SHA menyatakan operasi 24 jam, 7 hari seminggu. Ketersediaan bagi tarikh, masa dan tugasan tertentu perlu disemak.

Apa perlu dibuat jika nyawa dalam bahaya?

Hubungi perkhidmatan kecemasan rasmi dengan segera. Laman ini tidak memaparkan nombor kecemasan rasmi.